Sunday, June 30, 2013

Demam :(

Assalamualaikum warahmatullah..

Jumpa lagi di Teratak Wiya. dalam post sebelum ini saya memperkatakan tentang panggilan yang selesa. Ingat x? Hehehe.. tentu la ingat, kan? Ini baru post kedua. (Err.. betul kah ayat ni? maklumlah saya ni ibarat budak baru belajar. harap dimaafkan..). Setelah berbincang dengan anak2, mereka bersetuju kalau saya bahasakan diri sebagai 'Wiya' sahaja. Ok x? Ok lah tu ya.. hehehe..

Oklah.. Sebenarnya lama juga ya Wiya tak ke 'udara'.Tak tau nak cerita fasal apa sebenarnya lagipun Wiya agak sibuk dengan urusan keluarga. Masalah anak2 dan macam2 lagi. Hmm.. Sebut fasal anak, anak2 Wiya yang kecik2 tu, Yaya dan Ammar.. mereka tengah demam ni. Yaya dah beberapa hari demam. lepas makan ubat, ok. Pastu demam balik. Dah la tak nak makan, ni dah banyak kali muntah air liur je.. kesian. Ammar pula dah 2 hari demamnya. Pagi semalam Wiya bawa mereka ke KFC untuk beli sarapan. Beli bubur je untuk mereka. Harapan Wiya Yaya akan makan dan hilanglah muntah2 nya. 

Yaya memang dah terjaga masa Wiya bangun. lepas buat apa yang patut, Wiya tukarkan baju Yaya dan mengejut Ammar. Nak kejut kanak2 ni bukan boleh main jerkah je.. nanti terkejut pula roh mereka. Seelok2nya bagi la salam dulu. Macam kelakar, kan? Tapi itulah yang diajar oleh seorang hamba Allah kepada Wiya. In shaa Allah bila mereka buka mata tu takdelah terbuntang sebab terkejut! Hehehe..
Kejut Ammar dan key word nya senang je.. "Adik nak ikut?" terus dia bangun. Bersemangat dan terus menuju ke pintu. :)

Wiya dah janji dengan Yaya nak bawa dia g klinik esok pagi..(eh! bukan esok pagi.. pagi nanti.. hehehe). Dah jam 1.30 pagi rupanya. Wiya ngantuk tapi takut Yaya bangun dan muntah lagi. Ammar lena tidurnya.. masih lasak macam tak demam. Minta2 esok doktor bagi ubat dan selepas tu mereka akan sembuh. Oh ya.. Wiya ingat nak beli air kelapa untuk mereka. Semalam Wiya ada beli tapi dah campur ais, tak aci la kan?

Hmm.. oklah Wiya rasa cukup setakat ini dulu. In shaa Allah, ada rezeki, diluangkan masa oleh Allah, Wiya akan bercerita lagi. Semoga anda semua tidak jemu membaca celoteh Wiya.

Jumpa lagi! :)



No comments:

Post a Comment