Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Selamat datang ke Teratak WIYA. Teratak ni bukanlah teratak yang
anda boleh berteduh di dalamnya.. tapi hanyalah teratak yang memuatkan cerita2
serta coretan2 pengalaman serta kehidupan diri penulis. Semoga anda yang
singgah di teratak ini terhibur dan gembira apabila menatap coretan demi
coretan saya ya.. :)
Saya suka memaklumkan dan menceritakan kenapa saya meletakkan nama
WIYA di sini. Untuk pengetahuan pembaca semua.. WIYA adalah singkatan nama saya
sendiri iaitu Wahidah, seterusnya
nama anak2 saya iaitu Intan, Yaya dan Ammar. Hmm.. obviously mesti cerita yang akan keluar nanti berkisar
tentang kami, kan? Hehehe.. Namun begitu, in sha Allah.. saya akan masukkan
juga cerita2 dan mungkin juga pesanan serta panduan yang bermanafaat untuk kita
semua.
Sebenarnya saya ni bukanlah pandai sangat bercerita.. tak pandai
menulis blog ni.. Blog ni pun anak saya nombor 3 tu yang ajar.. (budak2
sekarang, kan? Dia baru 13 tahun, tapi lebih advance dari ibu dia.. hehehe)
Saya ni menulis sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi cerita dengan pembaca
sekelian. Harapan saya semoga anda semua tidak jemu menjengah teratak saya ini
ya.. Nasihat, panduan serta pedoman dan ilmu yang bermanafaat juga saya
harapkan dari pembaca semua melalui komen2 yang sudi anda hantarkan nanti.
Well.. entry pertama ni Nampak macam formal aje kan? Sebenarnya saya
lebih suka sempoi.. So, apa kata saya cerita serba sedikit tentang diri ini?
Cewah! Hehehe..
Nama sebenarnya saya seperti yang anda dapat lihat.. Wahidah binti
Abd Rahman. Seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 anak, 4 perempuan dan 1
lelaki. Tentu anda semua tertanya2.. kat atas tadi hanya ada Intan, Yaya dan
Ammar, kan? Hmm.. sebenarnya, anak2 saya yang bernama Intan tu ada 3 orang..
so, buat 1 je la kan, kalau buat WIIIYA..
eww.. camne nak sebut, kan? Panjang lak harakatnya nanti.. hehehe.. Anak sulung
saya bernama Intan Nur Wardah, yang kedua Intan Nur Dianah, yang ketiga (yang
tolong buat blog ni la..) Intan Nur Kamilia, keempat Nurhana Amilia dan yang
bongsu Nurhan Ammar.
Saya seorang wanita biasa dengan usia yang menghampiri setengah abad
(dah tua dah.. ). Kat ofis kawan2 panggil “KAK WAHID”.
hehe.. macam nama lelaki pula kan? Mungkin nama “WAHIDAH” tu panjang sangat
kot.. tapi tak kisah la kan? Kat rumah, anak2 memanggil “IBU”. Kat rumah mak,
mak dan kakak2 panggil “IDA” dan adik2 panggil “NDA”.
Anda boleh panggil saya dengan apa saja nama yang sesuai dan selesa
bagi anda. Err.. masih formal kan? Mungkin apabila kita sudah semakin ‘mesra’
dan selesa dengan panggilan dan gelaran lain, atau mungkin apabila jari jemari
kian rancak mengetuk keyboard untuk menaip perkataan2 di dalam blog ni, saya
akan tersasul, mungkin akan membahasa diri ‘aku’, dan memanggil anda semua
‘korang’ harap dimaafkan.. tapi.. still rasa macam tak best.. Ya, memang
banyak blog yang menggunakan perkataan 'aku' dan 'korang' .. and it seems ok.. hmm..
tengok la nanti ya.. apapun harapan saya agar anda semua sudi singgah ke
teratak WIYA ini ya..
Oklah.. saya nak wat keje ni.. Lain kali in sha Allah saya akan
tulis lagi ya..
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment